Dipersenda Kerana Tak Pandai Siang Ikan, Ini Jawapan Padu Elfira Loy “Selalukan Kedai Yg Siangkan”

Beberapa hari lalu, pelakon Elfira Loy telah dipersendakan netizen gara-gara hanya tidak pandai siang atau membersihkan ikan.

Ia bermula selepas dia sendiri menerusi InstaStory akui perkara tersebut serta dalam masa yang sama memuat naik foto suaminya sedang melakukan kerja membersih ikan itu. Perkara itu telah dipanjangkan netizen ke media sosial sekaligus aktres ini menjadi bahan lawak mereka.

Menurut mereka, kegagalannya membuat kerja rumah yang mudah itu seakan tidak berbaloi dengan nilai hantaran dan juga resepsi perkahwinannya yang menelan kos besar.

Namun, semalam Elfira tampil memberi respon terhadap hal tersebut selepas ditanya peminat di InstaStory.

Menurut Elfira Loy, beliau menganggap isu tidak pandai siang ikan apabila meminta bantuan suaminya ketika sedang memasak bukanlah satu masalah besar.

Elfira berkata, perkara itu hanya dibesar-besarkan oleh netizen yang gemar mencari kesalahan dan mengkritik tentang kekurangan seseorang.

” Itu bukan sesuatu isu yang besar pun tapi anda kenal netizen. Mereka suka bila anda tak tahu sesuatu daripada anda tahu semuanya.

” Kalau hari itu saya tak tahu, tiba-tiba hari ini saya dah tahu, anda ingat mereka nak kisah? Tidak.

” Lebih baik saya tidak berdebat atau melakukan apa-apa dengan orang macam tu sebab dia akan merosakkan minda dan perangai kita,” katanya menerusi Instagram.

Sebelum ini, Elfira Loy menerima kecaman netizen apabila meminta bantuan suaminya, Faris Khairol Anuar menyiang ikan yang ingin dimasak berikutan tidak tahu melakukan perkara tersebut.

Dalam pada itu, Elfira menjelaskan dia sebanarnya bukan tidak pandai, sebaliknya tidak pernah tahu cara untuk menyiang ikan berikutan kerja-kerja itu selalu dilakukan oleh pekerja di kedainya.

” Saya tidak cakap yang saya tak pandai, saya cuma kata tidak tahu sebab tak pernah tahu. Selalukan kedai yang siangkan.

” Kenapa ada beza ke kedai siang ke kita siang. Kejap lagi nak cuba gorenglah nak rasa ada beza atau tak beza. Tak pandai jaga mulut tu ada beza,” ujarnya.

Elfira dan Faris Khairul Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan bakal timang cahaya mata pertama.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*