“Kalau Takde Org Nak Kat Aku Siap Kau Ib”, Jawapan Balas Zizan Yg Pecah Perut Lepas Shuib Trowback Gambar Lama

‘Adegan’ bahan-membahan antara Shuib Sepahtu dan Zizan Razak nampaknya belum berakhir, malah bertambah hangat di Instagram masing-masing.

Semuanya bermula gara-gara kisah motosikal “Mat Bunga” si Shuib yang sebelum itu menjadi topik hangat selepas motosikal Y-suku beliau dihias dengan bunga dan manik oleh isterinya, Siti Sarah.

Selepas dihiaskan oleh sang isteri tercinta dengan hiasan ‘paling meriah’ sehingga menerima gelaran “beca Melaka” oleh rakan pelawak Zizan Razak, adegan ‘membahan’ tidak berhenti di situ apabila Zizan beberapa kali memuat naik video memerli Shuib.

Namun adegan tersebut menjadi paling hangat sejak semalam apabila Zizan memuat naik gambar ‘throwback’ Shuib menaiki motosikal roda tiga bersama anggota lama Sepah iaitu Jep dan Mamat berserta kapsyen ditulis Zizan;

” Macam ni ke rupa nak luma dengan moto aku? Tolong la cari helmet elok sikit ib”, tulis Zizan.

Foto tersebut telah mendapat 300 ribu tanda like dengan lebih 4000 komen. Bagaimanapun Shuib turut menulis komen dalam foto yang dikongsi Zizan tersebut, “Wow dia main throwback eh..”, tulis Shuib disusuli emoticon ketama.

Komen Shuib itu seakan memberi isyarat bahawa dia akan membalas ‘tindakan’ Zizan yang memuat naik gambar lama ataupun throwback itu.

Seperti diduga, Shuib tidak mengambil masa lama untuk bertindak balas dengan berkongsi gambar lama Zizan di Instagram beliau. Respon yang diterima dari pengikut Shuib tidak kurang hebatnya dengan 200 ribu tanda like dan lebih 6 ribu komen. Wow! Memang dahsyat habis, boleh dikatakan respon balas Shuib memang win habis hahaha.

Apa yang paling mencuri tumpuan adalah bukan sekadar gambar ‘rare’ Zizan sewaktu usia remaja belasan tahun macam baiya baru masuk Malaysia start kerja Petronas bak kata netizen, tapi reaksi balas dari Zizan itu sendiri yang cukup menggelikan hati.

“Woi bangang. Kalau takde orang nak kat aku siap kau ib. Ko kene jadi bapak mentua aku kawinkan aku dengan anak kau!!!” tulis Zizan disusuli emoticon marah.  

Sementara itu melihat kepada ribuan komen netizen ternyata mereka betul-betul terhibur dengan aksi bahan-membahan kedua pelawak terkenal ini.

Malah turut tidak ketinggalan adalah beberapa rakan artis yang memberi komen antaranya adalah Beto Kusyairi dengan menulis “Gila kasar permainan ni”, berserta emoticon ketawa.

Kebanyakan pengikut Shuib dan Zizan turut ternanti apa lagi ‘modal’ yang bakal digunakan Zizan untuk membalas respon paling win oleh Shuib itu. Boleh dikatakan buat masa sekarang Shuib sedang mendahului Zizan. Haha sama-sama kita nantikan.

Bagaimanapun diharapkan agar keduanya tidak melampui batas kerana semua tidak mahu gurauan antara Zizan dan Shuib menjadi yang serius kemudian bergaduh.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

Sumber: IG Zizan Dan Shuib

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*