“Konfidennya Oppa Pilih, Last2…”- Babak Hael Berduet Dengan Akak Sumbang Memang Buat Pecah Perut Ketawa

Rancangan ‘I Can See Your Voice Malaysia’ kini sudah memasuki musim kedua, menyaksikan Shuk dan Sean Lee sebagai hos utama. Dalam episod pertama yang berlangsung pada malam tadi, artis jemputan yang diundang adalah penyanyi popular, Hael Husaini. Seperti biasa, pelbagai aksi spontan terjadi di set antara para hos, artis jemputan, ahli panel dan juga ke semua peserta yang menghiburkan ramai penonton.

Dalam setiap episod, artis jemputan akan diberi tanggungjawab untuk memilih penyanyi sebenar ataupun penyamar dalam kalangan 6 peserta. Peserta terakhir yang dapat bertahan untuk berduet dengan artis jemputan akan dikira sebagai pemenang.

Malangnya malam tadi, Hael Husaini telah membuat pilihan yang salah apabila dia menyingkirkan semua penyanyi sebenar dan akhirnya tersilap memilih seorang penyamar yang digelar sebagai Experiwomen setelah diyakinkan oleh panel jemputan, Mark Adam.

Sampai hati awak Experiwomen 😂

Tak sangka dalam diam anda adalah penyamar 

Reaksi ahli panel

Ramai pecah perut dan terhibur saat mendengarkan suara sebenar wanita tersebut!

Jom Lihat Apa Kata Netizen:

Hahhahahahahaaha gelak habis tengok kat rumah dengan anak2 . 1st time tengok ICSYV ni. Best rupanya

Mark adam bkn main berani ckp nk bogel kalau suara akak ni xsedap. Time tu xlarat nk gelak hahhaa

Hahaha aku dah agak akak ni penyamar. Ini semua salah mark. Pandai betul dia yakinkan semua orang

Terbahak bahak gelak smbil mkan tadi ! kita pun yakin yakin je tgk muka dia boleh nyanyi
Sblm ni HARAM versi konsert diraja favorite sy tpi slps tgk icsyv…tersuka pula versi bersama experiwoman…persembahan yg rare sbb bukan senang nk dpt duet patner mcmtu. DN pun blm tentu dpt bawa HARAM mcm experiwoman…mmg pandai hael buat pilihan…mcm nk pecah perut ketawa

Tak blh blah part hael nyanyi ‘akan ku haramkan hati’..ini betul² haram. Anyway tahniah utk akak tu..lepak² jer dpt rm3k

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

Sumber: Erin Sakura

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*