Lihat Cara Hanis Tegur Yusuf Bila Menyampuk Cakap Orang Tua, Memang Terbaik

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Demikianlah peribahasa yang sesuai menggambarkan keperluan ibu bapa untuk mendidik anak sejak kecil lagi. Semua itu amat penting demi memantapkan adab dan sahsiah dalam diri anak-anak. Baru-baru ini, ramai yang merasa kagum dengan cara teguran oleh Hanis Zalikha dan Hairul Azreen kepada Yusuf Iskandar apabila anak sulung mereka itu melakukan kesilapan.

Yusuf menangis ditegur Mummy dan Daddy…

Dalam video berkenaan, Yusuf kelihatan sebak tatkala ditegur gara-gara menyampuk cakap orang tua. Ramai pastinya sudah tahu bahawa menyampuk bukanlah sejenis sikap yang baik. Walaupun masih kecil, itu bukanlah alasan untuk ibu bapa ‘pejam mata’ dengan perbuatan tersebut. Jika tidak ditegur, risau pula  kesalahan sama akan berulang lagi di masa hadapan.

Hanis Zalikha juga menunjukkan tauladan baik dalam menegur anak menggunakan nada suara lembut. Hairul juga sempat memberi amaran tegas kepada Yusuf. Ini sekaligus membuktikan bahawa kekerasan atau meninggikan suara bukanlah satu-satunya cara untuk mendidik anak.

Netizen juga memuji cara yang digunakan oleh Hanis dan Hairul dalam memberi pengajaran kepada Yusuf Iskandar.

Jom Lihat Apa Kata Netizen:

Mcm ni ajar anaknya… Dalam kemanjaan ada ketegasan…

iyokkk haaa kena marah hahaha. I Just love seeing them tegur him politely.. And berkesan..

Klu siapa cakap yusuf selalu dimanjakan.. Anda silap.. Setiap org ada cara didikan masing masing.. For me cara didikan mcm ni yg terbaik

Ala, first time tengok yusuf kena marah. Dia behave je walaupon kena marah

Bgenang airmata yusuff. Mommy daddy nak ajar kamu syg. Sian dia ye. Yusuff good boy.

Yusuf ok lagi dapat tahan nak nangis, kita yg tengok dia yg nangis dah.. moga yusuf jadi anak dan abang yg baik ok sayang

Yusuf dah besar. Cuba tahan air mata bila kena marah dgn mummy and daddy. Bagusnya dia dengar teguran. Ada certain terus merengek..

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

Sumber: Erin Sakura

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*