Penyanyi Terkenal Era 70an Dahlan Zainuddin MeninggaI Dunia. Isteri Dedah Saat-Saat Akhir Ar wah

Penyanyi popular era 70-an, Datuk Dahlan Zainuddin, 78, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang pada puku 9.48 malam ini selepas tidak sedarkan diri kerana dis3rang angin ahmar, Sabtu lalu.

Perkara ini disahkan oleh isterinya, Datin Effa Rizan. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang cahaya mata.

Menurrut Effa, jen4zah akan dibawa ke Masjid Bangsar untuk dimandikan sebelum dikebumikan di Tanah Perkub0ran Bukit Kiara selepas solat Zohor.

Ahli keluarga bersama rakan-rakan berada di sisi Allahyarham ketika menghembuskan nafas terakhir.

Dalam temubual sebelum ini Effa berkata, keadaan kesihatan suaminya agak stabil sebelum dis3rang strok kali kedua, malah Ar wah masih mampu memenuhi undangan majlis berbuka puasa bersama anak yatim.

Bahkan sebelum kejadian, dia dan suaminya sedang berbual sebelum Dahlan secara tiba-tiba senyap dan tidak memberikan sebarang reaksi.

Dahlan merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu Kisah Seorang Biduan.

Beliau memulakan karier sebagai penyanyi selepas memenangi kategori Persembahan Keseluruhan Terbaik, Bintang RTM pada tahun 1975.

Pernah mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi tempatan pertama yang mendapat peluang untuk mengadakan konsert di Stadium Negara pada tahun 1978.

Selain itu, beliau merupakan anak kepada pelakon bangsawan yang pernah berhijrah ke Singapura sewaktu usianya mencecah lapan tahun dan kemudiannya menetap di Kuala Lumpur pada tahun 1965.

Selain menyanyi beliau juga pernah membintangi filem Kisah Seorang Biduan bersama Gaya Zakry dan beberapa pelakon yang lain dan pernah menjadi pengacara dalam rancangan Hiburan Minggu Ini (HMI) sekitar tahun 1970-an.

Sekilas info tentang Allahyarham

Datuk Mohd Dahlan bin Zainuddin, atau lebih dikenali sebagai Dahlan Zainuddin, merupakan salah seorang penyanyi dari Malaysia yang terkenal dengan lagu Kisah Seorang Biduan.

Beliau telah memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi selepas memenangi kategori “Persembahan Keseluruhan Terbaik” dalam pertandingan Bintang RTM pada 1975.

Beliau juga telah mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi tempatan pertama yang mendapat peluang untuk mengadakan konsert di Stadium Negara pada tahun 1978.

Selain itu, beliau merupakan anak kepada pelakon bangsawan yang pernah berhijrah ke Singapura sewaktu usianya mencecah lapan tahun dan kemudiannya menetap di Kuala Lumpur pada tahun 1965.

Beliau juga pernah membintangi filem Kisah Seorang Biduan bersama Gaya Zakry dan beberapa pelakon yang lain. Selain itu, beliau sering dilihat sebagai seorang pengacara apabila menjadi hos bagi rancangan televisyen iaitu “Hiburan Minggu Ini” (HMI) sekitar tahun 1970-an.

Di samping itu, beliau merupakan salah seorang kakitangan bagi akhbar New Straits Times. Beliau telah berkahwin dengan Effa Rizan yang juga seorang penyanyi yang terkenal pada tahun 70-an dan telah bersara daripada kariernya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

Sumber: utusan dan wikipedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*