Sarimah Ibrahim Umum Bakal Lahir Bayi Perempuan “Saya Akan Ada Kawan Baru, Boleh Ajak Bersolek”

Pengacara dan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim terkejut apabila diberitahu bakal melahirkan bayi perempuan memandangkan dia mempunyai ramai adik-beradik lelaki.

Sarimah, 41, berkata dia bagaimanapun berasa tidak sabar untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti bersolek dan memilih pakaian bersama anaknya yang dijangka lahir pada Julai depan.

” Saya anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan semuanya lelaki. Jadi, agak terkejut juga bila dapat tahu saya bakal timang bayi perempuan.

“Sebab saya dah biasa dengan lelaki dan sebagai kakak, saya dah tahu macam mana nak uruskan adik beradik yang lain.

” Tapi, Alhamdullilah selepas ni saya ada kawan baru dan boleh lakukan pelbagai aktiviti bersama anak perempuan saya seperti bersolek dan memilih pakaian.

” Selain itu, ia juga sesuatu pengalaman baru dengan orang baru buat saya dan suami,” katanya kepada mStar.

Sarimah ditemui ketika pelancaran Thrill by Sarimah Ibrahim Exclusively on Shopee dan pengumumkan jantina bayinya di Mercu Mustapha Kamal, Petaling Jaya pada Isnin.

Dalam pada itu, Sarimah masih tidak dapat menjangkakan dia bakal melahirkan secara normal ataupun pembedaha.

Sarimah berharap semua peminat mendoakan dirinya juga bayi dalam kandungan dalam keadaan sihat.

” Doktor ada beritahu yang bayi saya sekerang berada dalam keadaan mengiring. Jadi, saya tak boleh nak jangka akan bersalin normal atau pembedahan.

” Apa-apa pun, saya harapkan semua peminat dapat mendoakan saya serta bayi dalam kandungan dalam keadaan yang sihat,” ujarnya.

Sarimah dan suami ketika ditemui di majlis pengumuman jantina bayi mereka.

Sarimah mengumumkan dirinya sedang hamil anak pertama pada 1 Februari lalu selepas empat tahun mendirikan rumah tangga dengan kerabat Negeri Sembilan, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar.

” Saya tidak percaya bakal menjadi ibu buat julung kali pada usia 41 tahun!”

” Alhamdulillah, inilah kejutan sangat bermakna buat kami, akhir tahun lalu, ketika dalam perancangan ingin bercuti bersama keluarga.

” Kami mendapat tahu, kami bakal memiliki keluarga kecil sendiri!” katanya sambil menyatakan, semua pihak termasuk rakan perniagaan kini pasti maklum alasannya membatalkan pertemuan mereka sebelum ini.

Menyifatkan kehamilannya sebagai satu keajaiban, Sarimah dan suami tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata sulung.

” Satu rahmat besar daripada Allah, akhirnya doa kami dijawab dengan hadiah yang indah dari syurga.

” Alhamdulillah untuk keajaiban ini. Sayang (suami) dan saya terlalu bersyukur dan gembira. Tolong doakan yang terbaik untuk kami dan buat putera atau puteri kami,” katanya.

Sarimah dan Tunku Nadzimuddin mendirikan rumah tangga pada 2 April 2015.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*