Selepas Dua Tahun Bercerai Joy Revfa Akhirnya Temui Pengganti. Ini Pula Komen Padu Hafiz Hamidun

Selepas Hampir Dua Tahun Bercerai, Joy Revfa Akhirnya Temui Pengganti. Ini Pula Komen Padu Hafiz Hamidun!

Penyanyi Hafiz Hamidun mengharapkan kisah cinta bekas isterinya yang juga usahawan kosmetik Joy Revfa bersama kekasih baharu berjalan lancar sehingga ke jenjang pelamin.

Menurut Hafiz, 35, dia gembira apabila mengetahui mengenai berita Joy dirisik seorang pelakon drama beberapa hari lalu.

“ Baguslah kalau dia dah ada pengganti, tidak timbul sebarang masalah bagi saya. Kalau dia boleh teruskan kehidupan dengan bahagia, itu lebih bagus.

” Daripada dia terus tersiksa, sedih-sedih… kita pun tak nak. Malah saya pasti semuanya bakal berjalan dengan lancar selepas semua dokumentasi sudahpun selesai” kata Hafiz kepada mStar.

” Dia pun berhak berkawan dengan sesiapa sahaja , saya pun takde nak menghalang dia nak berjodoh dengan siapa. Saya hanya mengharapkan yang terbaik lah,” tambah Hafiz lagi

Selain itu Hafiz turut ditanya dari mana dia mengetahui berita tentang kisah terkini Joy Revfa yang dikatakan sudah menemui pengganti itu.

” Saya tengok dekat Mstar punya story (sambil tergelak). Tapi oklah, okay jer tiada masalah pun.

Penyanyi lagu Jodoh Berdua ini ditemui semasa majlis rumah terbuka raya sebuah platform jualan atas talian terkemuka pada Khamis.

Bercerita mengenai kisah peribadinya pula, Hafiz berkata dia juga sedang mengenali seorang gadis dan sedang menjalani fasa mengenal hati budi.

“ Terlalu awal untuk saya ulas tentang jodoh baru, tambahan saya bukan individu yang gemar menjaja kisah percintaan kepada khalayak ramai. Kegagalan rumah tangga yang berlaku sebelum ini banyak mematangkan diri.

“ Cuma yang saya dapat katakan ialah sedang mengenali hati budi seseorang dan kami baru sahaja berkenalan selepas saya bergelar duda,” tambah Hafiz.

Terdahulu usahawan kosmetik Joy Revfa mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seseorang lelaki namun belum bersedia mendedahkan identiti jejaka tersebut.

Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, berkata dia enggan berkongsi mengenai kekasihnya kerana bimbang perkara tidak diingini berlaku.

” Memang benar saya sedang mengenal hati budi seseorang. Namun biarlah orang ramai berteka-teki mengenai identiti lelaki itu.

” Buat masa ini, saya tak boleh nak kongsi lebih-lebih mengenai dia sebab saya pernah melalui pengalaman pahit dan tidak mahu ‘pisang berbuah dua kali’.

” Kalau ada netizen yang teka lelaki itu seorang pelakon drama atau bukan, terpulang kepada mereka,” kata Joy ketika dihubungi mStar.

” Saya kenal dia beberapa bulan yang lalu tapi rupa-rupanya keluarga saya dan dia adalah kenalan rapat ketika kami masih kecil.

” Kami pun tak menyedari sebab muka masa kecil lain dan bila besar ni tak perasan wajah dah berubah.

” Jadi, lebih mudah untuk kami mengenali lebih rapat memandangkan kedua-dua belah keluarga baik,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*