Setelah Sekian Lama Air Mata Rock Star, Amy Search Mengalir “Saat Anakku Mencium Tangan”

Penyanyi rock terkenal, Amy Search telah berkongsi momen menyentuh hati saat dipertemukan dengan anaknya, aktres Nabila Huda.

Momen tersebut dimuat naik diakaun Instagramnya menerusi satu foto yang merakamkan Amy sedang memeluk anak kesayangannya.

“ Hanya ini saja gambar yang ada, saat anak ku datang mencium tangan ku dan berderai lah air mata, air mata kegembiraan dan penuh kesyukuran. Cucu pun tersengih sambil diperhatikan menantu kegembiraan. #amysearch @kupu_kupu,” tulisnya

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata menyatakan rasa syukur dan sebak apabila melihat momen indah itu.

“ Indahnya perasaan memeluk erat ayah tersayang… Terasa rindu sangat,” komen @belindaadzmi

“ Alhamdullilah… Ya Allah kau berkatilah mereka berdua ini Ya Allah. Semoga terus berkasih sayang dan jauhkanlah hasat dengki manusia pada mereka ini. So lovely @kupu_kupu,” doa @macyhayda

Terdahulu, nama Nabila dan ibu tirinya, Nourish hangat diperkatakan berikutan perkongsian ucapan Hari Bapa yang dibuat pelakon terbabit kepada Amy di Instagram.

Isteri Amy balas status Nabila

Nourish didakwa membalas status berkenaan dengan mendakwa, Amy tidak pernah mengajar anak-anak menyambut Hari Bapa. Ia menimbulkan kemarahan Nabila yang menganggap Nourish konon sengaja mencari alasan untuk berbalah.

Sementara itu Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil berkata dia berasa begitu gembira dan bersyukur apabila kemelut keluarga yang melanda mereka beberapa tahun lalu akhirnya telah terlerai.

“ Mungkin ini kerana doa orang ramai yang ingin melihat keluarga kami bersatu. Alhamdulillah, saya terlalu gembira sehingga tiada perkataan yang dapat menggambarkan situasi sekarang.

“ Tiada apa yang saya harapkan selain doa untuk keluarga kami. Saya ingin menghabiskan sisa hidup bersama dengan papa.

“ Sehingga sampai hembusan nafas terakhir… Saya sangat-sangat sayangkan papa dan sekarang hari-hari saya mesej dia.

“ Saya hanya mahu dia tahu yang saya memang benar-benar sayangkan dia dan saya tidak mahu berjauhan lagi,” ujarnya.

Sementara itu netizen turut menulis komen kata-kata sebab melihat hubungan penyanyi pujaan mereka itu dengan anaknya Nabila Huda akhirnya kembali baik

” Tak semua ayah mampu meluahkan apa yg ada dlm dada… Tanpa ucapan pun kami tahu dan faham hati seorang ayah.. Kena belajar memahami mereka… Al fatihah buat ayahandaku.. Walau tak pernah ada ucapan sebegini darimu.. Kamu tetap dihati.. Moga bertemu semula di syurga abadi..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*