Tak Sampai Dua Bulan Nikah Dah Mengandung. Ramai Tanya Tips, Ini Jawapan Fasha Sandha

Sebaik mengumumkan kehamilannya, pelakon berbakat besar, Fasha Sandha mendedahkan menerima banyak mesej daripada pengikut Instagramnya.

Menurut Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, kebanyakan menginginkan tip mudah hamil, bahagia di peluang kedua (perkahwinan kedua) dan meminta berkongsi kekuatan selepas penceraian.

“ Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa. Reda, semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan.

“ Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil; ramai juga DM (mesej) untuk mengadu dan bertanya tips bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM mintak kekuatan selepas penceraian.

“ Saya ingin kongsi pada semua. Jawapannya adalah ‘doa’. Percayalah pada keajaiban doa. It’s Miracle. Selepas pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya; belum lagi sayang.”

Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan-kawan di umur dia kebanyakan dah dua hingga tiga anak. “Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambahkan ayat lain dalam doa dan saya berusaha, syukur ALLAH SWT makbulkan dalam masa yang singkat.

“ Kepada yang telah lama berkahwin dan masih menunggu saat ini, cuba ikut cara ni, tukar dan tambah ayat dalam doa, ALLAH Maha Mendengar. Kalau nak merayu, merayulah padaNya. Syukur. Alhamdulillah, ALLAH Maha Mengetahui,” tulisnya.

Tambah selebriti berusia 35 tahun ini, dia bagaimanapun tidak dapat memberi jawapan terbaik pada mereka yang mahukan tips kebahagiaan untuk peluang kedua.

“ Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru, macam ni lah. Saya sendiri pun tak pernah terfikir saya akan kahwin kali kedua sebab terlalu selesa menjadi ibu tunggal.

“ Tiba-tiba ALLAH SWT buat kita terkenal tanpa dirancang dan sama-sama tersuka, dan selamat menjadi suami isteri.

“ Lagi satu, selalu kena ingat ‘semua dalam dunia ni adalah ‘pinjaman’ ALLAH yang bagi dan ALLAH berhak ambil balik bila-bila masa, cuma kita teruskan berdoa agar pinjaman ALLAH Ini berkekalan sehingga ke Akhir hayat. Insya-Allah,” jelasnya.

Sementara itu, Fasha berkata, selepas memberi kejutan kepada suaminya, Aidil Aziz, itu merupakan momen kedua buat Fasha melihat Aidil menangis.

” Kali kedua nampak suami mengalirkan air mata (kali pertama di hari pernikahan kami).

“ Tahu tak, semalam satu studio menangis. Saya terkejut tengok, cuma tak sempat nak rakam je. Rugi tak letak kamera di semua tempat.

“ Kenangan manis. Tahniah encik suami kerana berjaya menjadi ayah kepada 3 anak. (2 anak segera dan 1 anak kita). “Insya-Allah kalau ada rezeki dan dipermudahkan, due date pada jatuh pada 2 Feb 2020. Syukur #aidilfasha #motherof3,” coretnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

Sumber: sinarharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*