Tular Rakaman Jemaah Menggigil Solat Tarawih di Luar Masjid Meskipun Hujan Lebat

Ramadhan, bulan yang termulia yang di dalamnya diturunkan rahmat, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka.

Ia merupakan bulan yang dinantikan oleh seluruh umat Islam untuk ‘bersujud’ kepada Pencipta dan mengejar ganjaran pahala yang berlipat kali ganda seperti yang dijanjikan-Nya.

Maka, selain dari melaksanakan rukun Islam ketiga itu, ramai yang memilih untuk mengoptimumkan amalan sunnah seperti bertadarus Al-Quran, bersedekah, beriktiqaf, berzikir dan berterawih untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Malah, ramai yang menggunakan peluang ini untuk berdoa dan bertaubat bersungguh-sungguh pengharapkan keampunan dari Yang Maha Esa.

Dua hari lalu tular sebuah video yang menunjukan rakaman jemaah yang bersolat di luar masjid. Lebih menyentuh hati apabila video itu memaparkan jemaah-jemaah itu bersolat dalam keadaan hujan lebat dan angin kencang. Walaupun sebegitu, para jemaah dilihat terus tekun menunaikan ibadat tersebut.

Video terbabit sebenarnya dimuat naik oleh seorang Pengetua di Kolej Islam Langford yang juga merupakan seorang Imam di Masjid Thornlie. Menurut beliau, suasana tersebut dirakam di sebuah masjid bernama Namangan yang terletak di Uzbekistan.

Dalam perkongsian tersebut beliau turut menulis kapsyen seperti di bawah

” One of the reasons I Love #Uzbekistan! Ya Allah return it’s people to You & preserve their Iman and that of their generations! Ameen

” This is from #Taraweeh prayers in #Tashkent last night! Allah accept from them, elevate them, love them and honour them as they attempt to honour His name in worship!”

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika masyarakat di sana melaksanakan ibadah terawih. Oleh sebab ‘tidak mampu’ menampung kapasiti jemaah yang terlalu ramai, ada di antara jemaah yang nekad untuk bersembahyang di luar masjid.

Tidak menghiraukan keaadan cuaca, mereka tidak berganjak hatta seinci pun dari menunaikan amalan sunat tersebut.

Sementara itu warganet turut berasa tersentuh dengan menulis komen memanjatkan kesyukuran dengan apa yang mereka lihat.

” Allahu Akbar! May Allah s.w.t. accept your fasting and prays Allahumma Ammen

” I love my religion Islam, May Allah let me die as a Muslim. Amin

” Allahu Akhbar Kabiran! Masha Allah, May Allah Subhannahu wa Ta’alah accept all their ibadah and forgive their sins ,Ameen Ya Rabbih..”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

Sumber: siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*