Bekas Pelajar Pondok M4ut Kmlangan. Ibu Dedahkan Segalanya “Sebelum Meninggal Dia Sempat Telefon”

Bekas pelajar pondok Pak Teh Kroh, Perak sempat memohon maaf pada ibunya sebelum m4ut akibat kem4langan di Batu 1 di sini kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 1.30 petang itu, mangsa menaiki motosikal jenis Kriss 100 terlanggar sebuah lori yang keluar dari simpang dan men1nggal dunia di lokasi.

Ibu, Kasmah Endut, 54, dari Kampung Luar berkata, arw4h, Mohd Rafi Abdul Majid, 28, bekerja sebagai penghantar ayam siap diproses di pekan Kuala Ketil.

Menurutnya, Mohd Rafi ada menghubunginya jam 12.55 tengah hari pada hari kejadian namun panggilan itu tidak sempat dijawab.

” Apabila mak cik hubunginya semula dia jawab tersalah tekan dan mahu hubungi kawannya. Sewaktu berbual arw4h ada tanya khabar saya dan suami.

” Sebelum letak telefon arw4h juga sempat memohon maaf,” katanya ketika ditemui di Kampung Luar di sini semalam.

Kasmah berkata, dia merasa pelik dengan sikap arw4h namun tidak mengesaki apa-apa terhadap anaknya itu yang sering menziarahinya atau menghubunginya.

” Arw4h setiap minggu akan balik ziarah saya dan suami. Kebiasaannya dia juga akan talefon tanya khabar selepas Asar atau Maghrib.

” Waktu panggilan kelmarin, arw4h juga beri tahu sedang bersiap-siap untuk pulang ke rumah ibu mertua terletak di Kampung Padang Geh dari market Kuala Ketil,” katanya.

Menurutnya, anak ketiga daripada enam beradik itu dalam penantian menimang cahaya mata pertama yang dijangka lahir pada 29 Julai ini selain berhasrat untuk berhenti kerja untuk tinggal bersamanya di kampung.

” Dia kata selepas isterinya habis pantang nak balik tinggal bersama mak cik dan mulakan semula perniagaan nasi lemak.

” Sebelum menikah, arw4h dan mak cik sama-sama berniaga nasi lemak di depan kampung. Selepas kahwin, barulah dia bekerja menghantar ayam di Kuala Ketil,” katanya.

Kasmah berkata, arw4h yang pernah menuntut ilmu di Pondok Pak Teh Kroh Perak hampir dua tahun mengambil keputusan berhenti untuk menjaga ayah yang mengalami sakit strok.

” Apabila suami mak cik sakit strok dalam tahun 2012 atau 2013, dia berhenti mengaji dan balik jaga ayahnya,” katanya.

Kakak sulung arw4h, Sakinah Abd Majid,41, berkata, arw4h ada bergurau dengan kawan-kawannya bahawa kelmarin ialah hari terakhir dia menghantar ayam dan tidak menyangka ia menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, abang, Mohd Salim Abd Majid berkata, adiknya sempat mengucap dua kalimah syahadah ketika dipapah orang ramai yang datang membantu.

Sementara itu, pihak polis mengesah menerima laporan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

Sumber: astr0awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*