Saksi Dedah Ini Yang Terjadi Sekarang di Pasir Gudang, “Saya Nampak Ambulans Keluar Masuk, Murid Muntah”

Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan simpt0m sesak nafas dan munt4h yang dialami 15 murid Sekolah Agama Taman Mawar di Pasir Gudang, Johor sama dengan simpt0m kesan pencemaran Sungai Kim Kim sebelum ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly berkata, pihaknya sedang memantau rapi perkembangan kes berkenaan termasuk akan berhubung rapat dengan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi mengetahui situasi semasa.

“ Maklumat awal yang kami peroleh mendapati simpt0m dialami murid itu kemungkinan besar berpunca daripada pencemaran gas organik, sama seperti kes Sungai Kim Kim,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.

Ditanya sama ada kementerian akan mengeluarkan arahan kepada sekolah berkenaan ditutup, beliau berkata, ia masih terlalu awal untuk membuat keputusan.

“ Setakat ini situasi masih terkawal, kita akan pantau dan lihat situasi ini bagi mendapatkan maklumat lanjut termasuk menentukan punca dan tahap pencemaran udara yang berlaku,” katanya.

Seramai 15 murid Sekolah Agama Taman Mawar di sini, semalam mengalami simpt0m sesak nafas dan munt4h dengan lima daripada mereka dihantar ke hospital dipercayai akibat pencemaran udara.

Disangkakan bau ubat nyamuk

Pasir Gudang: “Saya ingatkan sembur nyamuk tapi baunya mel0yakan,” kata Nuraisah Palawi, 40 waris kepada salah seorang 15 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 4 dan Sekolah Agama Taman Mawar di sini, yang mengalami simpt0m munt4h dan sesak nafas, semalam.

Katanya, anak saudaranya, Ahmad Ghanidi Imran, 8, ketika itu berada di sekolah berkenaan seperti biasa pada waktu pagi dan menyertai majlis jamuan hari raya yang dianjurkan pihak sekolah pada waktu petang.

“ Namun, pada sebelah petang, ketika saya mahu menghantar anak saudara ke SK Pasir Gudang 4 membawa bersama bekalan untuk diberikan kepada pihak sekolah bagi tujuan meraikan jamuan hari raya, tiba-tiba saya bau sesuatu yang busuk.

“ Saya ingatkan bau sembur nyamuk, saya abaikan dan pulang ke rumah di Flat Taman Mawar. Namun bau itu semakin kuat sekitar jam 3 petang.

“ Tidak lama kemudian saya melihat gambar murid terbaring dari aplikasi WhatsApp dan mula rasa tidak sedap hati,” katanya ketika ditemui di Sekolah Agama Taman Mawar, semalam.

Nampak kanak-kanak berpeluh, muka pucat

Nuraisah yang juga suri rumah berkata, dia membawa pakaian bersih dan peralatan kecemasan kerana khuatir sesuatu yang buruk berlaku kepada anak saudaranya.

“ Apabila tiba di SK Pasir Gudang 4, orang ramai memaklumkan murid yang terjejas dipindahkan ke Sekolah Agama Taman Mawar. Saya bergegas ke sekolah terbabit dan mendapati ambulans keluar masuk dan orang ramai di pekarangan sekolah.

“ Saya nampak hampir 10 kanak-kanak berwajah pucat, berpeluh dan menangis ketakutan. Pada masa sama anak saya (Ahmad Ghanidi Imran, 8) tidak kritikal dan jururawat yang memeriksanya memaklumkan sekiranya di rumah mengalami sakit, segera bawanya ke hospital.

“ Sekolah ditutup sejak jam 3.46 petang tadi dan semua ibu bapa diminta membawa pulang anak masing- masing,” katanya.

Dalam pada itu, suri rumah, Suhana Abdullah, 33, berkata fobia pencemaran Sungai Kim Kim baru saja berakhir namun kini penduduk berdepan episod malang baru.

Ibu kepada pasangan kembar, Nor Imelda dan Nor Emelia Mohd Nizam, 7, berkata, dimaklumkan mengenai kejadian itu yang dikongsi menerusi kumpulan WhatsApp sekolah.

“ Dalam kumpulan sekolah itu, guru mengarahkan ibu bapa mengambil anak-anak selepas dipercayai berlaku keboc0ran gas.

“ Kebetulan saya tertidur dan jiran memaklumkan perkara itu, saya bergegas ke sekolah untuk mengambil anak kembar serta anak jiran.

“ Mungkin panik lihat rakan-rakannya munt4h , anak kembar saya turut sama menangis, namun tidak berdepan masalah sebelum dibawa pulang,” katanya ketika ditemui di SK Pasir Gudang 4, di sini.

Bau seakan gas boc0r rupanya sudah lama dialami penduduk

Menurutnya, bau busuk seakan-akan keboc0ran gas bagaikan fenomena biasa kepada penduduk kawasan berkenaan, namun tidak ke tahap membimbangkan.

“ Kami (penduduk) ingatkan ia normal kerana sudah menghidu bau seakan gas boc0r sejak sekian lama, hinggalah baunya kuat sedikit hari ini dan murid berasa l0ya, munt4h dan pening kepala,” katanya.

Difahamkan kesan l0ya, pening dan munt4h dirasai murid yang berada di tingkat atas bangunan di kedua-dua sekolah terbabit.

Sementara itu, tinjauan di SK Pasir Gudang 4 mendapati ibu bapa mengambil anak masing-masing sejak jam 5 petang dan kelihatan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memeriksa kualiti udara di sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, usaha mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kejadian itu gagal mendapat reaksi positif daripada pengurusan sekolah, selain diminta anggota polis untuk meninggalkan kawasan sekolah atas arahan pihak atasan.

Pada 7 Mac lalu, kawasan sepanjang 1.5 kilometer di Sungai Kim Kim tercemar akibat pembuangan sisa toksik menjejaskan hampir 6,000 penduduk termasuk pelajar sekolah sehingga ditutup beberapa hari.

Lihat kawan munt4h

“ Saya nampak kawan munt4h,” kata Muhamad Addam Azfar Azlan, 8, ketika ditemui di Sekolah Agama (SA) Taman Mawar di sini, semalam.

Muhamad Addam yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 4 berkata, sebelum kejadian sekolah berjalan seperti biasa dan semua belajar di kelas masing-masing.

“ Saya datang ke sekolah seperti biasa. Masuk ke kelas seperti biasa sebelum cikgu panggil untuk berkumpul di dewan sekolah.

“ Ketika di dalam dewan, saya nampak kawan saya munt4h, ada yang terbaring. Selepas itu saya bersama kawan-kawan dibawa ke Sekolah Agama Taman Mawar sebelum dijemput ibu pulang,” katanya.

Menurut ibunya, Nurul Aisyah Mohd Ramli, 33, dia yang bekerja ketika itu bergegas ke SA Taman Mawar sebaik dimaklumkan pengurusan SK Pasir Gudang 4 untuk berbuat demikian.

Katanya, pengurusan sekolah meminta ibu bapa mengambil anak masing-masing di SA Taman Mawar kerana SK Pasir Gudang 4 ditutup bagi membantu siasatan.

“ Anak mengalami simpt0m munt4h dan l0ya sebelum diperiksa kakitangan hospital. Alhamdulillah, anak saya baik dan tidak mengalami masalah lain.

“ Kakitangan perubatan yang merawatnya memaklumkan anak saya boleh dibawa pulang, namun sekiranya terdapat simpt0m seperti dinyatakan, segera pergi ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk menjalani pemeriksaan lanjut,” katanya.

Kedudukan kedua-dua sekolah itu hampir tujuh kilometer dari Sungai Kim-kim, kawasan berlaku pencemaran toksik 7 Mac lalu hingga menyebabkan 2,775 orang awam menerima rawatan dan sembilan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

Sumber: hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*