Selepas Heboh Guru Dimarahi Ibu Pelajar Sebab R0tan Anaknya, Ini Respon Teo Nie Ching

Guru tidak seharusnya mer0tan pelajar perempuan terutamanya di bahagian badan yang tidak sepatutnya.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, larangan itu tertakluk pada ketetapan yang dibuat Kementerian Pendidikan menerusi garis panduan dalam pengurusan disiplin dan kuasa mer0tan murid di dalam Peraturan 5, Ordinan Pelajaran 1957.

” Hukuman r0tan adalah tidak dibenarkan untuk murid perempuan dan hukuman kepada murid lelaki adalah dihadkan kepada mer0tan dengan r0tan yang ringan di tapak tangan atau di punggung yang berlapik dengan pakaian di bawah kuasa guru besar,” katanya ketika dihubungi

Nie Ching berkata demikian ketika ditanya mengenai kewajaran tindakan seorang guru yang telah mer0tan di beberapa bahagian badan seorang pelajar perempuan kerana berkelakuan biadap di sebuah sekolah menengah di Skudai, Johor baru-baru ini.

Sebelum ini, tersebar video berdurasi dua minit 28 saat yang menunjukkan seorang wanita meminta penjelasan daripada seorang guru lelaki ekoran anak perempuannya dir0tan.

Difahamkan, guru lelaki berkenaan mer0tan murid perempuan itu disebabkan dia bersikap kurang ajar dengan menggelarkan cikgu berkenaan sebagai ‘pondan’.

Dalam pada itu, Nie Ching berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor akan menjalankan penyiasatan mengenai kes berkenaan dengan kerjasama pihak polis.

” Saya yakin perkara ini akan dapat diselesaikan dengan baik dan saya juga ingin memohon agar semua pihak dapat bertenang dan memberi ruang kepada Jabatan Pendidikan Johor dan pihak polis untuk menjalankan siasatan sewajarnya,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kulai itu berkata, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan menerapkan elemen budaya kebahagiaan, kasih sayang dan saling hormat-menghormati seperti yang sering diperkatakan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Terdahulu heboh di kalangan warganet apabila sebuah video tular menunjukkan seorang wanita berang apabila anaknya didakwa dirotan pada lenggan dan paha gara-gara melabelkan guru lelakinya sebagai p0ndan.

Menerusi video berdurasi kira-kira dua minit itu, wanita terbabit mempersoalkan tindakan guru tersebut selepas anak perempuannya yang juga pelajar sekolah menengah itu memanggil cikgunya dengan gelaran ‘ah kua’ atau p0ndan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

Sumber: astr0awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*