Selepas Tiga Hari Pemergian Ayahanda Tercinta, Ini Kata-Kata Agong Dan Ini Yang Baginda Mahu Lakukan

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini beriltizam akan meneruskan legasi dan sifat perikemanusiaan Almarhum Paduka Ayahanda Haji Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“ Ia suatu yang sukar beberapa hari ini buat kami sebagai sebuah keluarga. Tetapi kami tidak mungkin dapat melalui semua ini tanpa cinta, sokongan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh keluarga, rakan-rakan, rakyat Pahang dan semua rakyat Malaysia.

“ Untuk ini dan yang lain lagi, kami berterima kasih dengan setulus hati kepada anda,” titah Seri Paduka Baginda dalam hantaran akaun Instagram Istana Negara hari ini.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, rakyat Malaysia telah kehilangan seorang manusia yang luar biasa namun yang lebih penting, mereka kehilangan ayahanda yang tersayang dan rakyat kehilangan seorang Sultan yang benar-benar luar biasa.

“ Malahan, kami berterima kasih kepada Allah kerana mengurniakan kami dengan seorang pemimpin dengan sifat yang merendah diri yang kita semua terdorong dengan kasih sayang dan rahmatnya kepada rakyat Pahang dan Malaysia.

“ Ayahanda kami kekal dalam sanubari kami buat selama-lamanya, Al Fatihah,” demikian titah kedua-dua Baginda.

Terdahulu, keperibadian dan kasih seorang anakanda yang dimiliki Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah menyentuh hati semua yang berada di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada 10.40 pagi dengan diiringi anakanda baginda, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, meruntun hati semua yang berada di Balairung Seri apabila baginda dilihat sebak dan kerap mengesat air mata.

Suasana bertambah sebak apabila baginda memeluk kekanda-kekanda baginda di hadapan jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Sultan Abu Bakar yang ditempatkan di ruangan tengah Balairung Seri itu.

Al-Sultan Abdullah seterusnya berkenan menunaikan solat jenazah yang diimamkan Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman, dan sekali lagi dilihat mengesat air mata sebaik sahaja solat selesai.

Baginda seterusnya memeluk dan dilihat menenangkan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sebelum itu memberi ruang kepada Al-Sultan Abdullah untuk memberi penghormatan terahir kepada almarhum.

Sultan Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) jam 8.50 pagi, Rabu lalu.

Sultan Ahmad Shah, 88, adalah Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong sekarang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

Sumber: bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*