Susulan Wanita Hamil MeninggaI Dalam Kmlangan, Ibu Dedah Ini Permintaan Terakhir Bella

Nasi dagang dan sira tapai merupakan permintaan terakhir Siti Nur Shahila Asla, 26, yang hamil lima bulan terhadap ibunya sebelum dia m4ut bersama suami, Hafiiz Mohd. Ibrahim, 29, dalam kemal4ngan ng3ri di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Tapak Pelupusan Sampah Sungai Ikan di sini hari ini.

Ibu mangsa, Saripah Mohd., 53, berkata, Siti Nur Shahila yang lebih mesra dipanggil Bella memberitahu dia mengidam dua menu makanan Pantai Timur tersebut dan memintanya membuatnya sebagai juadah berbuka puasa sewaktu berada di rumah keluarganya di Felda Chiku 5, Gua Musang, Kelantan.

” Saya sempat menyiapkan nasi dagang dan sira tapai untuk Bella sepanjang dia bersama suaminya bercuti selama tiga hari sejak Khamis lalu di rumah keluarga kami dan dia begitu berselera makan air tangan saya.

” Bella juga membawa saya dan suami serta adik bongsunya, Mohd. Hafizuddin, 21, yang merupakan golongan orang kelainan upaya kategori lembam membeli persiapan raya seperti pakaian dan selipar baru,” katanya ketika ditemui di pekarangan Rumah May4t Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.

Bella yang sedang hamil lima bulan telah melangsungkan perkahwinan dengan Hafiiz pada bulan September tahun lalu.

Tambah mengharukan Saripah, dia sempat membelikan kerongsang untuk Bella yang juga anak ketiga daripada empat beradik yang dicadang mahu dipakai bersama baju kurung berwarna merah hati pada Hari Raya Aidilfitri kelak.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Abd. Razak Hassan berkata, turut m4ut dalam kemal4ngan terbabit pasangan suami isteri, Anuar Said, 59, dan isterinya, Che Khasliza Che Hussin, 53, yang menaiki kereta jenis Peugeot akibat kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Beliau berkata, anak Anuar dan Che Khasliza, Nurul Nadirah, 13, pula cedera di bahagian muka dan kaki dan telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk menerima rawatan.

” Sewaktu kejadian, Siti Nur Shahila dan Hafiiz dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berbuka puasa bersama-sama keluarga pada cuti hujung minggu semalam di kampung di Felda Chiku 5, Gua Musang, Kelantan.

” Keluarga Anuar pula dalam perjalanan pulang ke Besut selepas menziarahi jena zah sepupunya yang men1nggal dunia di Dungun,” katanya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

Sumber: kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*