Untuk Elak Diri Dari Ditangkap, Wanita Sanggup Tinggalkan Bayi Tepi Jalan. Ibu Jenis Apa Ini

Sanggup melarikan diri dengan meninggalkan bayinya di tepi jalan bagi mengelak diri dari ditangkap.

Itu antara situasi yang sempat dirakam ketika kru Astro AWANI mengikuti operasi oleh Jabatan Imigresen Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Operasi dilakukan di dua lokasi di sekitar ibu negara dan tertumpu kepada warga asing terutama warga Afrika.

Serbuan dilakukan oleh Jabatan Imigresen Kuala Lumpur itu turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Operasi bermula kira kira jam 1 pagi itu dilakukan susulan aduan penduduk tempatan yang kurang selesa dengan masalah sosial yang didakwa ditimbulkan oleh kumpulan itu.

Mabuk dan mengganggu ketenteraman awam antara masalah yang sering berlaku di kawasan terbabit.

Lokasi pertama di gerai makanan di sekitar Wangsa Permai Kepong.

Ketika serbuan pihak berkuasa menemui seorang bayi berusia satu tahun ditinggalkan di tepi jalan oleh penjaganya yang melarikan diri bagi mengelak dari ditangkap.

Penjaga berkenaan bagaimanapun berjaya meloloskan diri.

Seramai 30 lelaki dan wanita warga Nigeria, Myanmar, Thailand dan Pakistan, berjaya ditahan di lokasi terbabit.

Kesemua mereka didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen termasuk tidak memiliki dokumen yang sah, tinggal lebih masa dan pas lawatan sosial tamat tempoh.

Serbuan kedua dilakukan di pangsapuri 5 tingkat di Cheras.

Enggan memberi kerjasama, memaksa pasuka nserbuan menggunakan khidmat bomba bagi memotong pagar.

Operasi dari pintu ke pintu dijalankan bagi mengesan warga asing yang menyewa di pangsapuri terbabit.

Hasilnya 16 warga Nigeria berjaya ditahan.

Seorang lelaki warga Afrika pula patah kaki akibat terjun dari tingkat dua pangsapuri.

Lelaki terbabit dikejarkan ke pusat perubatan berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.

Patah kaki buat lagak ‘stuntman’

Sementara itu ketika operasi dijalankan pada 16 Jun lalu, cubaan meloloskan diri seperti seorang ‘stuntman’ atau pelakon lagak ngeri ketika diserbu polis membawa padah apabila suspek terbabit patah kaki kanannya akibat terjatuh dari tingkat tiga sebuah pangsapuri.

Lelaki warga Afrika itu merupakan antara 95 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diberkas dalam operasi bersepadu Polis Gombak bersama Jabatan Imigresen di Pangsapuri Desa Aman Puri, di Kepong, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata melalui Op Black Flora yang turut dilakukan serentak di satu lagi kawasan iaitu Subang Jaya pada Sabtu malam, yang menumpu kepada warga asing Afrika.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

Sumber: awatttsyeikhh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*