Alif Satar Syukur Isteri Hamil Semula Selepas Alami Keguguran

Penyanyi dan pengacara Alif Satar mendedahkan isterinya Sha Dila mengalami keguguran ketika kandungan cahaya mata ketiganya memasuki lapan minggu pada awal tahun ini.

Bagaimanapun, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 29, bersyukur apabila isterinya disahkan hamil semula tidak lama selepas itu dan kini kandungan sudah memasuki empat bulan.

“Pada awal tahun ini, isteri saya mengalami keguguran anak ketiga kami. Ketika itu usia kandungannya sudah memasuki lapan minggu.

“Tapi sebenarnya saya dan isteri sudah reda dengan ujian tersebut. Malah, saya bersyukur apabila dapat tahu isteri kembali mengandung anak kami yang keempat dan menggantikan kehilangan itu,” kata Alif kepada mStar.

Penyanyi lagu Sesungguhnya itu ditemui ketika majlis pelancaran Salam Today Web di Empire Hotel Subang, Subang Jaya, pada Rabu.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Red Velvet ini memberitahu dia juga berasa teruja menanti kehadiran orang baru dalam hidupnya pada Oktober depan.

Menurut Alif, dia mengharapkan dikurniakan cahaya mata lelaki memandangkan sudah mempunyai dua orang anak perempuan.

“Alhamdulillah, kandungan isteri sihat dan dijangka melahirkan anak pada Oktober nanti. Jika diikutkan saya mahu cahaya mata lelaki tetapi tidak kisah jika kami dapat anak perempuan nanti.

“Saya juga berdebar dan teruja nak menanti keputusan ujian imbasan kandungan dari doktor pada jumaat ini,” ujarnya.

Menerusi perkahwinan dengan Sha Dila sejak September 2014 mereka dikurniakan dua anak perempuan Alisha Anugerah, 4, dan Ariana Mecca yang kini berusia dua tahun.

Jatuh papan luncur, tulang bahu Alif Satar terkehel

PENYANYI dan pengacara Alif Satar memberitahu tulang bahu kanannya terkehel dan ligamen koyak akibat terjatuh ketika bermain papan luncur salji semasa bercuti di Jepun pada minggu lalu.

Alif, 29, berkata keadaanya kini sudah semakin pulih selepas menjalani rawatan fisioterapi namun tidak boleh melakukan sebarang aktiviti melibatkan pergerakan bahu.

“Jadi ni la sebab tangan kanan berbalut. Tulang bahu terkehel dan ligamen koyak… Jatuh teruk ketika bermain papan luncur salji minggu lalu.

“Tapi alhamdulillah… Saya dalam proses untuk pulih dengan fisio. Jadi, tiada latihan berenang atau sebarang pergerakan bahu untuk dua minggu,” kata Alif menerusi laman Instastory pada Khamis.

Biarpun cedera, penyanyi lagu Sesungguhnya Aku ini masih ingin meneruskan hasrat menyertai perlumbaan basikal CIMB 2019.

Sebelum ini, Alif ada memuat naik foto tangannya memakai ‘arm sling’ di laman Instagram mendapat perhatian pengikutnya.

Dalam pada itu, Alif berkata, dia sudah mendapatkan rawatan ketika berada di Jepun dengan memasukkan semula tulang tersebut ke posisi yang betul.

Pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar ini memberitahu hanya Allah sahaja yang tahu kesakitan yang dialaminya ketika itu.

“Haa… ni doktor Jepun dah karate masukkan balik pada posisi yang betul. Tapi, kesakitan dan perit dia tuhan saja yang tahu,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Tv Lejen

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*