‘Bapa Imam Tapi Anak Rock Star’. Ali XPDC Dedah Ini Punca Dia Berhijrah “Saya Didatangi Seorang Ustaz”

Menyedari dirinya perlu berubah demi kebaikan keluarga, Ali XPDC atau nama sebenarnya Mohd. Ali Ismail bertekad melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik untuk mengenali agama.

Penghijrahan sebenar dirinya didorong oleh kerisauan yang semakin menebal terhadap anak dan isteri yang kerap ditinggalkan ekoran terlalu sibuk dengan persembahan di serata tempat.

Jelas Ali, keputusan segera perlu diambil demi sebuah perubahan serta dia percaya orang yang harus memulakan perubahan itu adalah dirinya sendiri sebelum anak dan isterinya.

“ Jarang persembahan balik petang, pergi pagi balik malam atau kadang-kadang dua tiga hari baru balik. Setiap kali balik malam, buka pintu tengok keadaan anak dan isteri. Dalam hati saya masya-Allah anak-anak semua dah besar.

“ Tetapi dalam dalam tengok tu ada satu kerisauan dalam hati, kerisauan itu membuatkan saya terfikir anak ni besar nak jadi apa? Adakah nak jadi rockers macam ayah dia,” katanya di majlis Tamankan Hati Keluarga Utusan di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Bhd. di sini hari ini.

Tamankan Hati Keluarga Utusan yang telah memasuki sesi lima itu menampilkan Ali bersama rakan artisnya Mel sebagai panel untuk berkongsi inspirasi penghijrahan mereka.

Tambah penyanyi rock yang terkenal dengan lagu Bunga Angkasa itu, dia turut mendapatkan bantuan rakan dan beberapa orang ustaz untuk membantunya mengenal jalan Allah.

Terjumpa seorang ustaz

“ Ada kawan bantu saya bawa pergi majlis ilmu dan Alhamdulillah saya berubah perlahan-lahan. Sehinggalah saya berjumpa dengan seorang ustaz dan minta dia bantu saya untuk berubah.

“ Ustaz tu tinggalkan empat perkara sebagai pesanan dan pegangan kepada saya iaitu supaya saya jaga solat, perbanyakkan sedekah, perbanyakkan hadir majlis-majlis ilmu dan akhir sekali supaya saya berkhidmat dan berkasih sayang dengan ibu bapa,” tambahnya.

Sementara itu, Mel Wings atau nama sebenarnya, Ismail Zainuddin dalam perkongsiannya turut menceritakan kenangan bersama arwah ibu bapanya yang menjadi tonggak kepada perubahan hidupnya sehingga hari ini.

“ Saya rasa saya dilahirkan dalam keluarga yang berdisiplin tentang agama. Arwah ibu bapa saya orang kuat agama. Bapa saya dulu imam masjid dan mak saya pula guru Quran. Jadi asas agama kepada anak-anak tu kami dapat.

“ Arwah bapa saya meninggal tahun 1998. Di akhir hayat ayah saya dia pesan jangan tinggal solat. Itu sahaja, maknanya solat itu sangat penting dan kalau kita solat hubungan kita dengan Tuhan tak jauh. Titik penghijrahan saya hari ini bermula dari situ,” ujarnya.

Dalam majlis yang sama, Ali dan Mel turut menyampaikan lagu Bunga Angkasa dan Kembalinya Pasti yang liriknya telah diubah suai berkonsepkan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

Sumber: utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*