Cikgu Rotan Anak Murid Sebab Mulut Takde Insurans. Rupanya Perkataan Ini Yg Buat Cikgu Ini Naik Angin

Heboh di kalangan warganet apabila sebuah video tular menunjukkan seorang wanita berang apabila anaknya didakwa dirotan pada lenggan dan paha gara-gara melabelkan guru lelakinya sebagai p0ndan.

Menerusi video berdurasi kira-kira dua minit itu, wanita terbabit mempersoalkan tindakan guru tersebut selepas anak perempuannya yang juga pelajar sekolah menengah itu memanggil cikgunya dengan gelaran ‘ah kua’ atau p0ndan.

“ Dia dah cakap sama you sorry, kenapa kamu nak hentam dia macam ni?,” kedengaran suara dalam rakaman itu dipercayai ibu kepada pelajar terbabit.

“ Jangan ingat kamu cikgu besar… kamu rotan macam ni. Kamu ni cikgu, tak boleh buat macam ni tau. Kamu memang salah,” tambah wanita itu.

Pelajar perempuan menunjukkan kesan lebam pada pahanya.

Wanita berkenaan mempertikaikan tindakan guru terbabit memukul anaknya yang didakwa pada bahagian lengan dan paha kerana menyebut perkataan itu.

“ Dia hanya cakap sama kamu saja… cakap saja. Dia ada pukul kamu tak? Kalau dia ada pukul kamu… kamu pukul dia tak apa. Jangan macam ni,” ujarnya.

Guru lelaki berkenaan memberitahu pelajar tersebut hanya memohon maaf selepas dipukul, dipercayai selepas disarankan oleh rakan sekolahnya.

“ Masa saya pukul tu kenapa dia tak minta maaf terus? Dah lepas kawan dia cakap baru dia cakap maaf pada saya,” jelasnya.

Ini perkataan yang disebut pelajar itu

Guru tersebut turut mendakwa, pelajarnya itu menyebut perkataan p0ndan itu secara bersemuka sebagai tindakan yang tidak wajar.

Ibu kepada pelajar perempuan itu kemudian bersemuka dengan seorang lagi guru perempuan berhubung kejadian itu.

Menerusi video yang kini tular di media sosial itu bagaimanapun tidak dipastikan bila dan lokasi serta punca sebenar insiden berlaku.

Selain itu, beberapa gambar menunjukkan kesan lebam di lengan dan paha pelajar perempuan yang didakwa dirotan guru tersebut turut tular di media sosial.

Rata-rata netizen turut memberi komen tentang isu tersebut

” Blh tegur cikgu tu mungkin salah….tp pelajar tu kena TampaR anak die sbb kurang AJAR…..TampaR depan murid-murid satu sekolah….supaya hormaT cikgu

” Klu die berani celupar dgn guru…. Kena lah jugak berani tanggung akibat… Bknnya blik rumah mengadu kat ibu bapak.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*