Isteri Diikat Pada Pokok Supaya Tidak Dibawa Arus Banjir. Ini Akhirnya Terjadi Kepada Suaminya Buat Ramai Sebak

Ibarat pepatah, ‘kasih suami hingga saat akhir’. Begitulah sebuah kisah yang menjadi tular di China apabila isteri diikat di pokok supaya tidak dibawa arus bah yang deras. Kisah selanjutnya akan mengharukan anda

Beberapa tahun ini, terdapat pelbagai musibah dan bencana alam yang melanda dunia dan menarik perhatian masyarakat. Malang itu tidak berbau. Musibah dan bencana yang melanda kadangkala meruntun jiwa. Lebih lagi yang melibatkan nyawa.

Antaranya adalah kejadian banjir yang melanda bandar Jingmen, wilayah Hubei di China ini.

Berdasarkan sumber, kisah ini berlaku sekitar awal tahun lepas, tetapi apa yang mahu yang dijadikan pengajaran dalam kejadian ini ialah kasih sayang yang ditunjukkan oleh sepasang suami isteri warga emas yang telah terperangkap di dalam arus banjir yang sedang melanda dengan deras.

Kisah di mana seorang wanita warga emas di China yang telah diselamatkan oleh pasukan penyelamat selepas terlepas genggaman suami yang paling disayangi dalam satu kejadian banjir di bandar Jingmen, wilayah Hubei.

Mengikut saksi yang juga anggota penyelamat, mereka terpaksa mengambil masa untuk meyakinkan wanita berusia 70-an ini untuk melepaskan pautan di pokok dengan anggota badannya yang telah diikat di situ oleh suami dengan pakaiannya sebelum beliau dibawa pergi bersama arus banjir yang deras.

Berdasarkan laporan dalam iFeng.com, suami kepada wanita ini berada dekat dan berpaut dengannya sebelum anggota penyelamat bergegas ke pokok tersebut dan memberikan bantuan.

Sebelum kejadian, suami wanita ini menyedari dirinya tidak dapat bertahan dan berpaut dengan lebih lama di pokok itu, lalu beliau telah mengikat satu benda dari pakaiannya pada anggota badan isterinya bagi membolehkan isterinya itu dapat berpaut erat pada batang pokok itu dari dibawa arus yang deras.

Sewaktu pasukan penyelamat dan kecemasan tiba, semuanya sudah menjadi terlambat apabila lelaki ini telah tidak lagi dapat bertahan dengan pautannya di pokok itu lalu telah dibawa pergi oleh arus air banjir yang deras.

Gambar yang tersebar turut memamaparkan pasukan penyelamat yang menaiki bot penyelamat menghampiri wanita warga emas ini. Arus yang sangat deras dapat dilihat melalui wanita ini yang semakin lemah dan tidak berdaya menahan arus.

Difahamkan pasukan penyelamat terdiri dari anggota tentera telah mendekati, membantunya meleraikan pautan di pokok dan menariknya ke dalam bot penyelamat. Kemudian wanita ini telah dibawa ke tempat yang selamat untuk menerima rawatan lanjut.

Bagaimanapun malang dan amat sedih sekali kerana suaminya telah tidak dapat diselamatkan. Sebelum pergi, suami ini telah berkorban kasih buat kali terakhir untuk isteri tersayang.

Rata-rata netizen yang melihat kejadian ini di iFeng.com berasa sangat tersentuh dan memberikan komen seperti berikut,

“ Ini adalah tanda cinta hebat dan sejati!”

“ Amat menyentuh hati!”

Untuk rekod, kejadian banjir di wilayah ini, seramai 164 orang telah dilaporkan men1nggal dunia dan 125 orang lagi telah hilang. Beribu penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan.

Lebih mengharukan apabila melihat suami ini begitu menyayangi isterinya sehingga pada saat terakhir. Soal keselamatan dirinya tidak lagi dihiraukan melainkan bagi memastikan isterinya menjadi keutamaan untuk diselamatkan terlebih dahulu.

Dirinya dibawa arus yang deras tetapi cintanya tetap kekal bersama isterinya dengan pautan pakaiannya pada batang pokok itu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

Sumber: duniaharini1

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*