Kuasa Amukan Mak Kutu Anak Kutu Dikesan Sembunyi Dirumah Mertua

Bukan sebarang kutu, bukan juga serangga parasit, tapi kutu yang satu ini boleh membuatkan ramai yang naik angin sekiranya cuba cari pasal!

Bermain kutu dapat membantu merancang simpanan dan perbelanjaan, tetapi kalau tersilap langkah memang berisiko.

Itulah yang terjadi kepada seorang wanita menerusi perkongsiannya di laman sosial yang tular apabila salah seorang peserta ‘menghilangkan diri’ sebaik sahaja mendapat habuan.

Wanita berang itu, Shafiqa Nabli, 28, berkata, dia mula menyertai permainan kutu sejak enam tahun lalu dan ini merupakan kali pertama berdepan dengan masalah peserta cabut lari.

Dia yang berperanan sebagai ‘mak kutu’ memberitahu, peserta tersebut bernama Ayu, menyertai dua kumpulan, masing-masing terdiri daripada 10 dan 13 pemain.

“Kami main kutu harian dengan kumpulan pertama buat kutipan RM300 seorang setiap 10 hari dan kumpulan kedua kutipan RM200 seorang setiap lima hari.

“Ayu ni ‘anak kutu’ saya, dia dapat RM2,700 pada 22 Mac lalu daripada kumpulan pertama dan RM2,400 pada 25 Mac daripada kumpulan kedua bila tiba giliran dia,” katanya kepada mStar.

Shafiqa yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini menjelaskan bahawa Ayu ‘menghilangkan diri’ apabila tiba giliran pemain seterusnya, pada 30 Mac dan 1 April lalu.

Puas mencari dan menghubungi ‘anak kutu’nya itu tetapi gagal, nasib baik perkongsiannya yang tular membuatkan ada pihak menyalurkan maklumat mengenai Ayu.

“Bila telefon dan mesej tak dapat buat kami tertanya-tanya. Langsung tak ada khabar berita sampai berhari-hari. Ramai yang tak dapat duit bila tiba giliran mereka.

“Sudahnya, kami dapat tahu dia sampai ‘menyorok’ kat rumah mak mertua di Kedah. Dia beri alasan tak ada duit sebab pakai untuk rolling duit kutu lain. Alahai, kenapa nak guna duit kutu untuk rolling duit kutu lain, kan berisiko tinggi,” kata ibu kepada dua anak itu dengan nada kesal.

Jelas Shafiqa, anak kutunya yang bermasalah itu perlu membuat bayaran penuh bagi menghentikan penyertaannya dan permainan diteruskan dengan lebih teratur.

“Dia dah bayar dan kami dah tak mahu ada apa-apa urusan lagi dengan dia. Memang rasa serik sebab enam tahun main kutu, ni pertama kali kena walaupun kami percayakan dia.

“Apa pun, permainan tetap diteruskan tanpa Ayu. Harap perkara ini dijadikan pengalaman dan pengajaran buat semua. Lari atau senyap bukan dapat selesaikan masalah,” ujarnya.

Dalam pada itu, polis memberi amaran bahawa kegiatan bermain kutu merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

Ia didedahkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman sosial Facebook Cyber Crime Alert iaitu mereka yang terlibat dan didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut jabatan itu, orang ramai berisiko untuk ditipu pada bila-bila masa kerana terdapat beberapa kes penganjur atau ‘ibu kutu’ didapati menghilangkan diri bersama wang yang disimpan oleh peserta.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Tv Lejen

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*