Mimi Fly Dikecam Netizen Kerana Pemakaian

Penyanyi Mimi Fly memberitahu dia sudah lali dan menyampah dengan kecaman netizen terhadap dirinya.

Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 32, berkata dia menganggap kata-kata negatif itu menunjukan tahap kematangan seseorang itu.

“Aku serius dah lali/menyampah dengan kecaman yang netizen lempar kat aku atau cerita belakang aku.

“Kesimpulannya luaran orang yang korang nilai ni tak pun mengesahkan kebaikan dan ketulusan dalam hati.

“Bagi aku mulut kau yang busuk lebih menunjukan tahap kematangan kau mengharungi hidup zaman sekarang,” kata Mimi menerusi Instastory.

Mimi muat naik kenyataan tersebut seakan memerli netizen yang tidak henti mengecamnya dari segi penampilan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Superfly ini menegaskan dia tidak pernah kisah dengan kritikan netizen mengenai gayanya berpakaian.

Baginya, dia mempunyai gaya tersendiri dan hak untuk menentukan pakaian hariannya tanpa perlu mengikut kehendak orang lain.

“Aku tak pernah pakai sebab orang suka. Orang suka ke tak suka ke tak pernah menjadi faktor aku pakai baju hari-hari.

“Aku punyai stail. Aku punya hak. Aku tak pernah sibuk korang nak pakai apa. Lumrah kejadahnya bila aku artis, aku kena ikut kehendak kau?

“Aku seorang penghibur dan setiap penghibur tu ada imej dia sendiri dan aku tahu aku berkembang dengan masa,” ujarnya.

Mimi Fly Tertarik Dengan Latar Belakang Budaya Kekasih Baharu Dari Mesir

Penyanyi Mimi Fly tertarik untuk mengenali kekasih baharunya, Muhanad El Saddiq MD dengan lebih dekat kerana latar belakang budaya yang berbeza.

Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 31, berkata perbezaan itu membuatkan kehidupan mereka lebih menarik dan seronok.

“Selain menyukai keperibadiannya yang baik, saya juga suka dan tertarik nak tahu mengenai latar belakangnya kerana kami mempunyai budaya yang berbeza.

“Saya suka nak belajar budaya baharu. Walaupun budaya dan cara hidup kami berbeza tapi itulah yang akan membuatkan hidup kami lebih menarik dan manis.

“Bagi saya, proses perkenalan ini akan membuatkan hidup kami lebih seronok,” kata Mimi kepada mStar Online.

Mimi ditemui di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam Ahad.

Mimi menemui cinta hati baharunya, jejaka kelahiran Mesir itu sekitar November tahun lalu dan mula menjalani hubungan serius pada awal tahun ini.

Dalam pada itu, Mimi memberitahu dia selesa berkawan rapat dengan Mahanad yang juga jurulatih peribadinya.

“Saya selesa berkawan rapat dengan Mahanad. Dia juga adalah jurulatih peribadi saya sejak kami memutuskan untuk bercinta.

“Kali pertama kami bertentang mata, saya sudah jatuh hati dengannya. Tak sangka dia juga mempunyai perasaan yang sama terhadap saya.

“Doakan hubungan kami berjalan dengan baik dan saya serahkan soal jodoh kepada takdir Ilahi,” ujarnya.

Sebelum ini, Mimi pernah berkahwin dengan bekas pengurusnya Mohd Firdaus pada 16 Mei 2015.

Bagaimanapun, perkahwinan yang dibina itu berakhir sekitar akhir tahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Tv Lejen

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*