Rupanya Amy Search Ada Seorang Anak Dara Yg Mungkin Ramai Tidak Kenal. Memang Cantik Orangnya

Mungkin ramai yang mengenali hanya aktres Nabila Huda sebagai satu-satunya anak gadis kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search tetapi rupa-rupanya penyanyi itu ada lagi seorang anak perempuan yang menetap di Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS).

Sekitar 2 tahun lalu sempena ulang tahun kelahiran ke-59 Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, kisah ini mula menjadi tular apabila muncul kelibat seorang gadis sunti yang persis model itu menarik perhatian ramai netizen Instagram.

Difahamkan wajahnya pun ada iras Nabila dan mesra dengan ahli keluarga Amy yang lain. Rupa-rupanya gadis berusia 20 tahun bernama Irisha Myra itu ialah anak Amy yang kini menetap dengan bekas isteri ketiganya di AS, Roslisa Ahmad.

Amy dan Rosliza yang pernah berkahwin pada 1995 kemudian bercerai pada 2000 lalu ketika Irisha masih kecil baru berusia tiga tahun. Sebelum itu, dua lagi isteri Amy ialah Faridah Fadzil (1983-1985) dan Norliza Abdul Latiff (1990-1994).

Selepas lebih 3 tahun menduda, rocker kesayangan ramai itu kemudian mengahwini isteri keempat, Norhasliza Hassan pada 2003. Selain Nabila Huda dan Irisha Myra, Amy turut memiliki anak yang bernama Alexander Zulkarnain, Sania Samara dan Qaqa At-Tameemi.

Amy dan Norhasliza atau lehih dikenali sebagai Nourish pula kekal bahagia sehingga kini. Mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata dan kegembiraan Amy untuk menimang cahaya mata ke 4 bersama Norhasliza tidak kesampaian apabila isterinya itu keguguran sekitar 2018.

Berbalik kepada anak Amy, Irisha, apa yang menarik, Irisha Myra dikatakan telah mendapat pujian isteri Amy sekarang dan melalui media sosial apabila dia memuji gadis tersebut sebagai orang muda yang pandai membawa diri dan bersopan walaupun dibesarkan jauh di AS.

“ Buat masa ini saya lihat Irisha lebih minat dalam bidang pelajarannya di Universiti Houston, jadi biarlah dia tentukan apa yang ingin dilakukan dalam kehidupan dan masa hadapannya,” jelas Amy kepada media tempatan.

Kecantikan Irisha benar-benar terserlah sebaik meningkat dewasa. Ramai yang memuji wajahnya yang mewarisi kecantikan ibunya yang juga bekas isteri Amy iaitu Roslisa Ahmad.

Gambar Irisha bersama ibunya Roslisa Ahmad

Malah Amy luah rasa syukur kerana dapat bersama-sama Irisha Myra sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dengan rakannya, Engku Emran dan pasangannya, Laudya Cynthia Bella.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. TV Lejen

Sumber: ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*