Syafiq Kyle Tolak Bawa Watak Ustaz Adam Lagi

Pelakon Syafiq Kyle mengimpikan watak yang memerlukan dirinya mempelbagaikan karakter selepas ini kerana tidak mahu para peminat dan penonton berasa bosan dengan lakonannya di televisyen.

Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Shafiq Shamim Abdul Razak berkata dia mengambil keputusan itu kerana tidak mahu tampil dengan watak sama berulang kali.

“Sejujurnya saya tunggu jalan cerita yang membolehkan seseorang pelakon itu mempelbagaikan karakter dia. Kalau watak seorang hero bercinta dengan heroin dan akhirnya mereka bahagia, itu biasa sahaja.

“Selepas ini saya mungkin akan lebih memandang jalan cerita berbanding watak yang akan dilakonkan.

“Ianya satu percubaan untuk karakter baharu yang saya belum ada lagi untuk tahun ini. Setakat ini saya hanya berlakon untuk drama yang berulang seperti Nur. Jadi belum ada karakter baharu yang saya nak tonjolkan,” ujarnya kepada mStar.

Syafiq Kyle ditemui ketika bersama-sama menjayakan kempen Ramadan Raya Media Prima 2019 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada Rabu.

Pelakon drama Nur itu dilantik sebagai duta Setulus Ikhlas bagi program Ramadan dan Raya TV3.

Bercerita lanjut, Syafiq berkata, dia terpaksa menjadi lebih selektif dalam pemilihan watak selepas ini agar peminat tidak terkeliru atau terbawa-bawa watak Ustaz Adam dalam drama Nur2.

“Saya nak kena jaga diri saya juga kerana rasanya tak bagus untuk saya bawa watak yang sama sahaja.

“Susah sebenarnya untuk saya berlakon watak jadi baik dan orang luar perlu faham skop kerja saya sebagai seorang pelakon.

“Mereka lebih terpengaruh dengan karakter dalam drama sehingga ada yang menyangka karakter di luar juga seperti Ustaz Adam sampai suatu masa itu saya terpaksa jelaskan, oh itu Ustaz Adam makcik..,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai watak Ustaz Hamadi lakonan Azhan Rani yang dilihat lebih menonjol berbanding watak Adam, Syafiq menjelaskan ia mempunyai sebab tertentu.

“Ia mungkin berdasarkan pendangan penonton tetapi bagi saya secara peribadinya, ia tidak menjadi masalah kerana watak Hamadi itu sendiri sangat membantu jalan cerita.

“Tapi saya rasa abang Izzat ada sebab tersendiri mengapa dia nak ketengahkan Hamadi dengan Aishah. Dia sudah jelaskan pada saya dan saya menerimanya.

“Pada awalnya tidak menjangka Nur 2 sekali lagi menjadi fenomena kerana semuanya berbalik pada penerimaan orang. Sama ada mereka terima atau tidak, selepas ini lebih banyak isu-isu berat akan ditayangkan, katanya.

Dalam pada itu Syafiq berkata, dia juga akan mempertimbangkan tawaran lakonan untuk Nur 3 atau filem.

“Walaupun orang ramai dah mahu Nur 3, saya ada sebab kenapa saya tak mahu bawa watak ustaz Adam lagi.

“Saya sependapat dengan Azhan Rani. Takut orang akan bosan kerana tetap jadi orang sama.

“Tapi kalau abang Ezat (Shahrulezad) ada skrip dan team yang bagus untuk Nur 3 atau Nur untuk difilemkan, saya akan mempertimbangkannya,” katanya.

Akaun IG Palsu Sebar Fitnah Terhadap Syafiq Kyle

PETALING JAYA: Individu yang menggunakan nama Faizi Khairuddin dipercayai mewujudkan akaun Instagram palsu untuk menyebarkan video lucah mirip pelakon Syafiq Kyle yang tular sejak beberapa hari lalu.

Menerusi pemerhatian mStar Online, foto-foto yang dikongsi di laman akaun tersebut adalah milik individu lain yang berasal dari Filipina.

Selain itu, beberapa keping foto perbualan paparan skrin yang didedahkan oleh akaun tersebut sebenarnya hasil suntingan pihak tidak bertanggungjawab.

Pada malam Isnin, pemilik akaun tersebut memuat naik paparan skrin mesej peribadi kononnya dihantar oleh Syafiq yang meminta untuk menghapuskan video berkenaan.

Bagaimanapun paparan skrin itu dihapuskan selepas ia menerima kecaman netizen yang menganggap tindakanitu boleh membuka aib pelakon itu.

Sehingga kini, masih belum diketahui niat sebenar pemilik akaun tersebut menyebarkan video dan perbualan-perbualan palsu.

Sejak malam Ahad lalu, pengguna Twitter mula membicarakan video yang memperlihakan individu mirip pelakon drama Nur itu melakukan perkongsian sembang video bersama seorang individu dikenali sebagai Mira.

Menerusi video tersebut ia menyaksikan lelaki berkenaan sedang berbual tentang perkara yang tidak senonoh, selain dia mengajak individu itu untuk melakukan hubungan seks sekiranya mereka berjumpa.

Video berdurasi kira-kira dua minit itu mula tersebar dan menjadi perbincangan hangat termasuk ada pihak yang berhasrat menjual versi penuh kepada netizen.

Malahan pemilik akaun Instagram ini juga mendakwa memiliki dua lagi video sambungan dan menawarkan untuk dijual kepada sesiapa yang berminat dengan harga RM20.00.

Selain itu, pelakon drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu itu masih belum tampil memberi sebarang kenyataan berkaitan isu tersebut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Tv Lejen

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*